Home » Citra Yadim » Konvoi Street Dakwah sempena Bulan Dakwah 3.0 YADIM Pulau Pinang

Konvoi Street Dakwah sempena Bulan Dakwah 3.0 YADIM Pulau Pinang

BALIK PULAU – Penganjuran konvoi semakin menjadi pilihan aktiviti riadah anak muda.

Tidak mahu ketinggalan menggunakan kesempatan ini untuk berdakwah,  YADIM Pulau Pinang bersama Sukarelawan YADIM (SAY) Balik Pulau telah menjayakan program  Street Dakwah ‘Maulidur Rasul’ pada 15 Oktober yang disertai 30 orang peserta.

Program bermula dengan aktiviti konvoi bermotosikal dari perkarangan Masjid Jamek Sungai Burung, Balik Pulau ke Masjid Jamek Batu Uban, Gelugor dan berakhir di Masjid Terapung Tanjung Bungah.

Antara pengisian yang telah diadakan solat fardu berjemaah, taklimat sejarah penubuhan masjid, tausiah santai bersama Ustaz Muhammad Azraie (PU Azraie), Gema Selawat dan cabutan bertuah kepada peserta.

Hadir bersama Pengarah YADIM Negeri Pulau Pinang, Ustaz Mohd Afifi Haji Ruslan ke program ini. Program ini adalah sebahagian pengisian untuk aktiviti Bulan Dakwah YADIM Pulau Pinang.

Artikel Berkaitan

Mendekati Anak Muda, Menghayati Kisah Rasulullah

BANDAR MUADZAM SHAH – Meneruskan program mendekati mahasiswa, YADIM menerusi Bahagian Kepimpinan Muda telah menganjurkan Program Menghayati Kisah Rasulullah dan Kenegaraan Malaysia

YADIM Turut Serta Program MADANI Kita

KUALA LUMPUR – Program MADANI Kita bersama Komuniti Lembah Pantai telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *