Home » Citra Yadim » Malam Sejuta Selawat di UniSHAMS

Malam Sejuta Selawat di UniSHAMS

KUALA KETIL – Sempena kehadiran bulan Maulidur Rasul dan Festival Konvensyen Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) yang ke-24, YADIM Kedah telah bekerjasama dengan pentadbiran universiti berkenaan dan Majlis Perwakilan Mahasiswa bagi mengadakan Program Malam Sejuta Selawat.

Program pada 14 Oktober ini juga merupakan malam kemuncak Festival Konvensyen UniSHAMS yang bermula sejak 11 Oktober.

Malam Sejuta Selawat ini telah membariskan Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria, Pengerusi Muafakat Pondok, Ustaz Ahmad Marzuki Yusof, Penceramah jemputan Ustaz Aiman Sobri dan pempengaruh Ustaz Ahmad Yusof sebagai panel pentausiah dan dipengerusikan oleh saudara Aiman Nasir.

Kumpulan Qasidah Fattabiouni juga telah diundang untuk mengalunkan qasidah sepanjang program berlangsung. Hampir 4 ribu peserta telah hadir dan menghidupkan malam sejuta selawat ini.

Hadir merasmikan penutupan Festival Konvensyen ini ialah Timbalan Naib Censelor UniSHAMS, Dr Rohani Desa.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *