Home » Citra Yadim » Konvoi Teguh Bersama Semarak Hari Merdeka

Konvoi Teguh Bersama Semarak Hari Merdeka

KOTA BHARU – Sempena menyambut Hari Kemerdekaan yang bakal tiba tidak lama lagi, YADIM Kelantan telah mengadakan Program Konvoi Teguh Bersama ‘Semarak Hari Merdeka’.

Program dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara Negeri Kelantan, Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Kelantan, Pihak Hotel H Elite Design Tunjong, pejabat YB EXCO Belia, Sukan & NGO Negeri Kelantan dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Program ini bertujuan menyemarakkan Bulan Kemerdekaan disamping meningkatkan patriotisme diri dalam kalangan peserta dan masyarakat.

Antara pengisian program adalah konvoi bermotor dari Kota Bharu ke Pantai Sri Tujoh, Tumpat, aktiviti kesenian dan sukan rakyat bersama JPNIN di Kompleks Perpaduan Terbok dan Taklimat Keselamatan Negara oleh MKN Kelantan.Turut diadakan cabutan bertuah untuk para peserta.

Hadir mewakili YADIM Negeri Kelantan ialah pengarahnya, Ustaz Haji Mahadi Awang. Turut hadir Pengarah MKN Negeri Kelantan Tuan Jefny Muhammad dan Pengarah JPNIN Negeri Kelantan En Shahrani Yusoff.Majlis Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Haji Wan Roslan Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Kelantan.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *