Karnival Merdeka Kayuhan Keselamatan Keluarga Malaysia

PASIR PUTEH – Menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia, YADIM Kelantan telah terlibat menganjurkan Karnival Merdeka Kayuhan Keselamatan Keluarga Malaysia pada 15 September. Seramai 230 peserta menyertai program kayuhan sejauh 8 kilometer ini, yang dianjurkan bersama oleh Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh dan […]

Sambutan Ambang Kemerdekaan AADK Pasir Puteh – YADIM Kelantan

PASIR PUTEH – Sempena hari Kemerdekaan yang bakal tiba tidak lama lagi, YADIM Kelantan telah menganjurkan program Ambang Kemerdekaan di sini pada 25 Ogos. Ia diadakan dengan kerjasama bersama-sama dengan Agensi Anti Dadah (AADK) Pasir Puteh, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan dan Majlis Daerah Pasir Puteh bagi memupuk semangat cintakan negara dan patriotisme dikalangan […]

Konvoi Teguh Bersama Semarak Hari Merdeka

KOTA BHARU – Sempena menyambut Hari Kemerdekaan yang bakal tiba tidak lama lagi, YADIM Kelantan telah mengadakan Program Konvoi Teguh Bersama ‘Semarak Hari Merdeka’. Program dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara Negeri Kelantan, Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Kelantan, Pihak Hotel H Elite Design Tunjong, pejabat YB EXCO Belia, Sukan & NGO […]

PGSM gesa MKN benarkan Mahkamah Syariah beroperasi

KUALA LUMPUR –  Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menggesa Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan Mahkamah Syariah di seluruh negara dan firma peguam syarie untuk beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Presidennya, Musa Awang berkata, mahkamah dan sektor guaman yang tidak dibenarkan beroperasi menyebabkan berlaku permasalahan yang memberi kesan kepada masyarakat Islam secara keseluruhanya. Katanya, […]

Sultan Nazrin titah rakyat adakan solat hajat, bacaan Qunut Nazilah Jumaat ini

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan untuk semua masjid dan surau di Perak mengadakan solat hajat yang disertai bacaan doa Qunut Nazilah selepas mendirikan Solat Jumaat pada Jumaat minggu ini. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin, berkata, titah perkenan itu dizahirkan bagi memohon ke hadrat Allah SWT agar […]

Penutupan masjid, surau bergantung nasihat MKN, KKM

BUTTERWORTH – Penutupan masjid dan surau dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO) bergantung pada nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) berkaitan solat jemaah amat tegas dan jelas bahawa sekiranya berlaku wabak […]

Kedah benarkan ibadah korban

ALOR SETAR – Kedah membenarkan pelaksanaan ibadah korban sempena Aidiladha ini dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Najmi Ahmad, berkata ia termasuk jumlah kehadiran peserta pada satu-satu masa yang tertakluk kepada kesesuaian kawasan dan tempat. “Ia bagi mengelakkan elemen sesak, sempit dan bersembang […]

Kedah benar solat Jumaat, fardu berjemaah mulai Jumaat ini

ALOR SETAR – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan membenarkan solat Jumaat dan solat fardu secara berjemaah diadakan di semua masjid dan surau di Kedah bermula Jumaat ini. Mufti Kedah, Datuk Fadzil Awang berkata, bilangan minimum jemaah adalah sekurang-kurangnya 40 orang dan maksimum 60 orang bagi solat Jumaat sementara maksimum 40 jemaah dibenarkan untuk […]

Kursus praperkahwinan di Melaka dilaksanakan semula Isnin ini

MELAKA – Kursus praperkahwinan yang ditangguhkan berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu akan dilaksanakan semula bermula Isnin ini. Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Md Azhan Samat, berkata langkah itu susulan persetujuan pihak pengurusan jabatan itu untuk mengubah beberapa kaedah perjalanan kursus terbabit, sejajar dengan kehidupan normal baharu ketika ini. […]

Mesyuarat khas MKN bincang solat berjemaah

PUTRAJAYA – Jawatankuasa Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membincangkan isu solat berjemaah di masjid. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia juga akan dibawa ke mesyuarat kabinet untuk diputuskan kerana membabitkan isu besar berkaitan agama. Katanya dalam mesyuarat hari ini, Menteri di […]