Home » Citra Yadim » Korban Perdana Peduli Asnaf 1442H YADIM

Korban Perdana Peduli Asnaf 1442H YADIM

JITRA – Program Korban Perdana Peduli Asnaf  1442H anjuran  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Yayasan Mujamma’ Darul Hadis (YAMDAH), KLPK Ternak Sdn Bhd dan Halbest Sdn Bhd telah berlangsung di Pusat Penyembelihan Paya Pahlawan, di sini pada 22 Julai.

Program yang dilaksanakan ini merupakan julung kali diadakan oleh YADIM bersama rakan rakan strategiknya.

Sebanyak 10 ekor lembu dikorbankan dengan peserta ibadah ini terdiri daripada orang awam dan kakitangan YADIM sendiri.

Hadir ke program ini ialah Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria, Pengarah YADIM Pulau Pinang Ustaz Afifi Roslan, Penolong Pengarah YADIM Perlis Ustaz Zuhri Hussin, Haji Azmi Mohamad dari YADIM Kedah, CEO YAMDAH Ustaz Akyari Ismail dan Pengerusi HALBEST Solution Tuan Haji Ismail Wan Teh.

Turut hadir ialah Datuk Seri Nor Firdaus Helmi Mohd Hashim, Pengasas Yayasan Bina Insan yang merupakan organisasi bertanggungjawab mengawal selia pusat penyembelihan ini.

Mohd Afifi selaku Koordinator Ibadah Korban 1442H Zon Utara memberitahu, daging korban ini juga menurut perancangan YADIM akan diedarkan di kawasan tertentu sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Ia akan diedarkan dalam 2 bentuk iaitu secara mentah dan dimasak sebelum diagihkan bersama nasi.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *