Home » Citra Yadim » KPE berikan kuliah Maghrib di Masjid Ar Rahman Kampung Kubang Batang

KPE berikan kuliah Maghrib di Masjid Ar Rahman Kampung Kubang Batang

KULIAH Maghrib di Masjid Ar Rahman Kampung Kubang Batang, Tumpat merupakan program ketiga Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin dalam lawatan ke Kelantan pada 29 Oktober.
Beliau membawa tajuk ‘Membangun Malaysia Madani Melalui Semangat Perpaduan’ dalam kuliah ini.
Turut dilaksanakan dalam majlis yang sama ialah penyampaian Bakul Madani oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN).
Majlis disempurnakan oleh Ketua Pengarah JPNIN Dato’ Hj. Che Roslan Che Daud yang turut menyampaikan bakul madani untuk 300 penerima.
Turut hadir ke majlis ini ialah Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang serta Tmbalan Pengarah JPNIN Kelantan, Encik Mohd Anuari Mohd Yusof.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *