Home » Citra Yadim » 5 orang daie orang asli YADIM pertingkat dan perkukuhkan kompetensi diri

5 orang daie orang asli YADIM pertingkat dan perkukuhkan kompetensi diri

SERI KEMBANGAN – Potensi diri para Daie Orang Asli YADIM terus dipertingkatkan agar inisiatif melestari gerakan dakwah dapat dijalankan dengan terus cemerlang.
Tahniah diucapkan kepada 5 orang Daie Orang Asli (DOA) YADIM yang telah terpilih melibatkan diri dalam program Ramah Mesra Kepimpinan Masyarakat Orang Asli Selangor anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS).
Program yang bertempat di Mines Beach Resort itu dijalankan selama 2 hari (28 hingga 29 Oktober), bermula pada hari Sabtu dan selesai pada hari Ahad.
Antara DOA yg terlibat ialah DOA Nazrul, DOA Agus, DOA Aslam, DOA Nur Farhana Izzate dan DOA Rozaini.
Antara inisiatif yang dijalankan ialah Malam Tautan Ukhwah, Aktiviti Berkumpulan Satu Hati dan Lawatan ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Muzium Al-Quran.
Semoga DOA YADIM ini akan terus menjadi pemacu dakwah di kawasan Perkampungan Orang Asli dengan lebih cemerlang. Terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) yang memilih DOA YADIM.

Artikel Berkaitan

SEBATI Madani Pulau Ketam

Ia bermula dengan tazkirah Maghrib oleh Daie Muda YADIM (DMY), Khairun Najmi Fadzil pada 26 Februari dengan tajuk ‘Metodologi Dakwah Rasulullah SAW’

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *