Home » Langit Terbuka » Krisis Air : Jemaah masjid terpaksa beratur panjang

Krisis Air : Jemaah masjid terpaksa beratur panjang

JEMAAH Masjid Al Najihin Bandar Sri Permaisuri beratur untuk mengambil wuduk menggunakan air tangki Syabas sebelum solat Jumaat di Kuala Lumpur, semalam. Foto : Utusan

KUALA LUMPUR 9 Mac – Krisis air yang melanda Lembah Klang dan Selangor sejak beberapa hari lalu terus menyebabkan pelbagai aktiviti terencat termasuk untuk beribadat.

Tinjauan Utusan Online di Masjid Al Ansar, Taman Keramat mendapati para jemaah terpaksa beratur panjang untuk menggunakan air kolah yang ditakung bagi mengambil wuduk.

Selain itu, Utusan Online turut mendapati terdapat beberapa jemaah yang hadir sekadar menggunakan air mineral bagi menyempurnakan proses berwuduk.

Ujar Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid berkenaan, Guriman Shazaman, 76, keadaan ini bukan sahaja menyukarkan para jemaah untuk berwuduk malah tandas juga terpaksa ditutup sementara.

“Sudah empat hari tiada air di kawasan ini. Mujur pihak pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) datang mengisi air di masjid ini.

“Namun demikian, walaupun sebanyak dua tangki besar diisi air setiap hari di sini, ia masih tidak mampu menampung jumlah penggunaannya dalam kalangan para jemaah,” katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini. – UTUSAN

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *