Home » Langit Terbuka » Kubur besar 100 mayat ditemui di Mosul

Kubur besar 100 mayat ditemui di Mosul

BAGHDAD, 9 Nov. – Sebuah kubur besar mengandungi 100 mayat ditemui di kawasan selatan bandar Mosul, yang sebelum ini dikuasai militan Daesh, kata pegawai keselamatan Iraq.
Malah, pihak berkuasa Iraq menjangkakan lebih banyak lagi tapak perkuburan rahsia dan besar akan ditemui dalam minggu-minggu akan datang, apabila mereka merampas semula wilayah diduduki Daesh.
Brigadier Jeneral Ali al-Lami dalam kenyataan yang dibaca melalui stesen televisyen Iraq berkata, tanah perkuburan besar itu ditemui di daerah Hamam al-Alil mengandungi 100 mayat, termasuk orang awam, yang disyaki dibunuh oleh militan Daesh sebulan lalu.
“Ada yang dipancung. Orang awam dan anggota keselamatan Iraq yang dibunuh itu enggan memberi kerjasama kepada militan Daesh,” katanya.
Sabtu lalu, pihak tentera mengumumkan mereka dapat menguasai Hammam al-Alil, salah satu kawasan kuat Daesh di Mosul.
Pada 18 Oktober lalu, tentera Iraq dibantu pakatan tentera Amerika Syarikat melancarkan serangan besar-besaran untuk merampas Mosul, yang ditawan Daesh sejak pertengahan 2014.
Menurut laporan Pertubuhan Pelarian Antarabangsa, lebih 22,000 orang menjadi pelarian sejak kempen merampas semula Mosul dilancarkan tiga minggu lalu. – Agensi

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *