Home » Citra Yadim » Kuliah Maghrib di Masjid Al Huda, Kampung Hangus

Kuliah Maghrib di Masjid Al Huda, Kampung Hangus

KUPAMG – Program YADIM Interaktif : Bicara Dakwah sempena bulan dakwah 2.0 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah di daerah Baling pada 19 November diakhiri dengan Kuliah Maghrib di Masjid Al Huda, Kampung Hangus di sini.

Lebih 40 orang jemaah telah menghadiri majlis ilmu yang disampaikan oleh Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria.

Dalam kuliah selama satu jam itu, Ustaz Mohd Aizat telah menyentuh mengenai kepentingan dakwah Islamiah dan cabaran yang dihadapi oleh pendakwah sepanjang zaman.

Turut hadir dalam kuliah ini adalah pengerusi merangkap imam Masjid Al Huda, Ustaz Hj  Shari Junus.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *