Home » Citra Yadim » Kongsi Rezeki SAY Kuala Langat

Kongsi Rezeki SAY Kuala Langat

SIJANGKANG – Sesi persekolahan kembali dibuka.

Bagi yang kurang berkemampuan, ia sudah pasti memerlukan belanja tambahan.

Prihatin dengan keadaan ini, SAY Kuala Langat pada 19 November menyampaikan sumbangan makanan bermasak kepada 30 keluarga anak yatim di sekitar kawasan ini serta di Kebun Bharu dan Kampung Medan.

Tidak banyak, namun setidaknya ia dapat menzahirkan senyuman di bibir penerimanya. Apatah lagi program ini secara konsisten diadakan oleh SAY Kuala Langat.

Turun padang menyampaikan sumbangan ialah Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan ahli jawatankuasanya.

SAY Kuala Langat mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang menyumbang dan menjayakan program ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *