Home » Citra Yadim » Kuliah Maghrib Perdana bersama YDP YADIM

Kuliah Maghrib Perdana bersama YDP YADIM

LAWATAN Kerja Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus ke Kelantan pada 27 Januari diteruskan dengan Kuliah Maghrib Perdana bersama YDP YADIM di Masjid Al Amin, Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa.
Seramai 200 jemaah terdiri daripada anggota PGA dan ahli keluarga hadir mengikuti program ini.
Selesai Solat Isyak turut diadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan anggota Batalion 8 PGA yang akan bertugas di sempadan Malaysia-Thailand selama sebulan bermula 1 Februari nanti.
Turut hadir Pengarah YADIM Negeri Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang dan Pegawai Pemerintah Batalion 8 PGA Suprirendan Rasdi Ariffin.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *