Home » Citra Yadim » Kunjung hormat daripada Japan Dakwah Centre (JDC), Persatuan Anak Melayu Johor (PMAJ) dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM)

Kunjung hormat daripada Japan Dakwah Centre (JDC), Persatuan Anak Melayu Johor (PMAJ) dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM)

YANG Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus menerima kunjung hormat daripada Japan Dakwah Centre (JDC), Persatuan Anak Melayu Johor (PMAJ) dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) pada 17 November bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan dakwah di negara Jepun.
JDC diwakili oleh Encik Usamah Johar, PMAJ pula oleh Encik Hairum Mahfudz, manakala DPIM diwakili oleh Encik Jamalhisham Jermi.
Pertemuan itu, antara lain membincangkan pelbagai perkara termasuk peluang-peluang kerjasama dakwah di antara organisasi-organisasi berkenaan dengan YADIM terutama dalam konteks dakwah dan program silang budaya.
Dalam pertemuan itu, YADIM dimaklumkan oleh JDC mengenai perkembangan dakwah di Jepun yang menyaksikan semakin ramai rakyat Jepun memeluk Islam yang kebanyakannya berumur sekitar 20-an dan 30-an.
Justeru, JDC memaklumkan peluang dakwah yang besar di Jepun kerana banyak nilai hidup masyarakat Jepun sememangnya sudah selaras dengan Islam, tetapi kebanyakan rakyat Jepun tidak terdedah dengan ajaran Islam sebenarnya dan bergantung kepada sumber internet sahaja.
Selain, itu, turut dibincangkan adalah program-program kerjasama yang boleh dilaksanakan seperti lawatan sambil belajar pelajar Jepun ke Malaysia yang diisi dengan pengisian dakwah.
Program ini dapat mendedahkan kepada golongan muda Jepun kepada ajaran Islam sebenar dan sekaligus membetulkan persepsi negatif mereka terhadap Islam.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *