Home » Citra Yadim » Kunjung Hormat KEMUDA ke Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh

Kunjung Hormat KEMUDA ke Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh

CYBERJAYA – Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah berkunjung ke Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia di sini pada 11 Februari.

Ia antaranya bertujuan membincangkan berkaitan penubuhan Rakan Remaja YADIM (RRY) di sekolah berasrama penuh seluruh negara serta program Nadwah Kepimpinan Islam.

Mewakili YADIM ialah Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda, Syahrizal Mat, Penolong Pengarah, Mohd Khamis Mohamad Sani serta Penolong Pengarah Unit Sekolah, Anis Razani.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, Puan Aniza Kamaruzaman telah mempengerusikan perbincangan dalam pertemuan tersebut. Hadir sama dari pihak kementerian ialah Azah Sulaiman dan Muhammad Md Derus.

Pertemuan dimulakan dengan dengan taklimat fungsi bahagian serta produk utama KEMUDA, yang disampaikan oleh Shahrizal.

Selesai taklimat, perbicangan diteruskan berkaitan program Nadwah Kepimpinan Islam yang dijadualkan diadakan pada 1 hingga 4 Julai ini di Sekolah Brasrama Penuh Integrasi Gopeng dan Kursus Latihan Tenaga Pengajar Murabbi RRY.

***

Mari sama sama menyumbang kepada Tabung Infaq YADIM. Sumbangan anda membolehkan YADIM menjalankan gerak kerja dakwahnya.

YADIM menyantuni mereka yang memerlukan tanpa mengira latar belakang.

Sumbangan boleh dilaksanakan secara dalam talian dengan melayari halaman utama laman web ini atau menghubungi Bahagian Pelaburan dan Dana Infaq YADIM di talian 03-8870 3870

Sumbangan yang disampaikan adalah layak untuk mendapat pengecualian cukai (No. Warta G.N. 3395 Bertarikh 25 Januari 1974 -HQ 162/2077)

YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA
MAYBANK
566010625428

Terima Kasih

FASTABIQUL KHAIRAT ‘Mengejar Kebaikan’

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *