Home » Citra Yadim » Kunjungan PICOMS ke YADIM

Kunjungan PICOMS ke YADIM

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus menjadi pilihan pelbagai institusi pengajian tinggi untuk menjalin kerjasama khususnya dalam bidang pendidikan.

Terbaharu, Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi (PICOMS) pada 12 Februari telah berkunjung ke ibu pejabat YADIM di sini bagi meneroka peluang kerjasama yang boleh dijalin antara kedua pihak ini.

Diketuai oleh Naib Canselornya, Prof Dr Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman, delegasi seramai 13 pegawai dan kakitangan kolej itu meluangkan masa lebih sejam mengadakan perbincangan dengan kepimpinan badan dakwah ini.

Selain Wan Mohd Azizi, PICOMS turut diwakili oleh Timbalan Naib Canselor (Pasca Siswazah), Muhammad Mubin Mat Nor, Pendaftar, Norita Arshad, Pengarah Pembangunan Hal Ehwal Pelajar, Faris Safwan Ibrahim, Pengarah Komunikasi Korporat, Nurul Iman Dzulkefly serta lain lain kepimpinannya.

Mewakili YADIM pula ialah Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz, Pengarah Kanan di Pejabat Yang Dipertua, Wan Subki Wan Salleh, Pengarah Kanan Sektor Penyelidikan, Penerbiran dan Antarabangsa, Dr Masitah Esa, pengarah pengarah bahagian serta pegawai dan kakitangan Bahagian Media dan Teknologi Dakwah.

Antara yang disentuh dalam perbincangan kedua pihak ialah tawaran YADIM bagi penubuhan Skuad Sukarelawan Al Rahmah untuk pensyarah dan kakitangan PICOMS serta Rakan Siswa YADIM untuk para pelajarnya.

Mengenai kerjasama pendidikan pula, antara yang ditawarkan PICOMS ialah berhubung perubatan Islam. Menurutnya, meskipun sudah lama diamalkan tetapi ia masih tidak menerima pendedahan sepenuhnya serta kurang sentuhan sains dan teknologi.

Sekiranya YADIM boleh memberikan sumbangan dari sebarang bentuk dalam perkara ini, PICOMS yakin akan memberi impak dan pulangan besar untuk kedua pihak dalam pelbagai aspek.

Turut menjadi topik perbincangan ialah kerjasama penerbitan akademik dan dakwah dalam bentuk digital yang boleh dilaksanakan secara bersama oleh kedua pihak.

Nik Omar dalam reaksinya memberitahu, beliau amat gembira dengan kunjungan ini, sambil menambah aspek pendidikan sememangnya amat dititik beratkan YADIM selain daripada gerak kerja dakwah.

Beliau turut memaklumkan bahawa YADIM kini sudah pun memulakan usaha menubuhkan sebuah pusat tahfiz dikenali sebagai Maahad Antarabangsa Tahfiz Dan Kepimpinan yang bakal beroperasi di Institut Latihan Dakwah Yadim di Semungkis, Hulu Langat.

PICOMS dan YADIM sebelum ini telah terlibat dalam pelbagai program secara bersama. Program terbaharu melibatkan kedua pihak ialah ketika Karnival Malaysia Rahmah Maran, Pahang pada 6 Februari lalu.

Artikel Berkaitan

YADIM Kedah dan Perlis: Ziarah Madani Mualaf

MENJELANG Syawal tidak lama lagi, adalah tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memupuk semangat kasih sayang dan kepedulian terhadap sesama Muslim termasuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *