Home » Citra Yadim » Kunjung hormat PUO kepada Ketua Pegawai Eksekutif YADIM

Kunjung hormat PUO kepada Ketua Pegawai Eksekutif YADIM

PENDIDIKAN menjadi teras inisiatif melestari gerakan dakwah oleh YADIM yang dilaksanakan menerusi ejen dakwah seperti Rakan Siswa YADIM (RSY) dan Rakan Belia YADIM (RBY) di Institut Pengajian Tinggi seluruh negara.

Kerjasama bersifat win – win ini bukan sahaja bermanfaat untuk kedua pihak, malah ia turut dinikmati oleh pihak luar apabila RSY dan RRY ini berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat.

Mahu memastikan kerjasama ini berkekalan, pengurusan Politeknik Ungku Omar (PUO) diketuai Pengarahnya, Dr Shamsuri Abdullah telah membuat kunjungan kepada Ketua Pegawai Eksekutif  YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin pada 15 Mei.

Antara yang dibincangkan ialah kerjasama untuk melaksanakan program Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Madani yang dijangka dilaksanakan akhir Julai ini.

Hadir sama dalam perbincangan ialah Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Encik Shahrizal Mat dan Pengarah Bahagian Khidmat Bakti para pegawai mereka.

PUO merupakan antara rakan strategik YADIM paling aktif melaksanakan pelbagai inisiatif dakwah menerusi pelbagai pendekatan, khususnya menerusi para pelajar mereka.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *