Home » Citra Yadim » Dapatkan buku Kerahmatan Islam dan Fenomena Terorisme di PBAKL 2023

Dapatkan buku Kerahmatan Islam dan Fenomena Terorisme di PBAKL 2023

YADIM Telah menjalin kerjasama dengan Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (KUSM) menerusi pelbagai bidang seperti penerbitan, penyelidikan dan pendidikan sejak 2018.

Antara hasil kerjasama tersebut yang bakal membawa manfaat dan menemui masyarakat ialah terjemahan buku Kerahmatan Islam dan Fenomena Terorisme dalam bahasa Malaysia.

Ia adalah karya ulama kotemporari dunia, Prof. Dr. Ali Muhyiddin Al-Qarahdaghi, yang mempunyai kepakaran dalam bidang fiqh serta menguasal fiqh muamalat dan ekonomi Islam.

Beliau menggunakan beberapa kaedah dan pendekatan dalam buku ini, antaranya adalah analitikal berdasarkan asas – asas syarak, dalil dan hujah yang muktamad daripada al-Quran dan Al – Sunah, serta memberikan perincian syarak yang lengkap dan diperakui oleh sumber-sumber sejarah dan agama.

Orang ramai boleh mendapatkan buku ini nanti di reruai Kedai Buku YADIM (4160 – 4162) di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023  pada 26 Mei hingga 4 Jun nanti.

Ia antara yang dipersetujui dalam perbincangan YADIM dengan pihak KUSM cawangan Malaysia pada 15 Mei. Hadir ke perbincangan ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Haji Zamri Zainal Abidin, Pengarah Kanan Sektor Penyelidikan, Penerbitan dan Antarabangsa, Puan Zalilah Bahari dan Pengarah Bahagian Penerbitan, Cik Noorzihan Mohamed Yin serta Pengerusi KUSM cawangan Malaysia, Ustaz Wan Subki Wan Salleh.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *