Home » Citra Yadim » Kunjung hormat UMS kepada Yang Dipertua YADIM

Kunjung hormat UMS kepada Yang Dipertua YADIM

PUTRAJAYA – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan pada 23 Julai telah menerima kunjungan hormat daripada wakil Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Selain bertujuan mengeratkan ukhuwah, ia juga adalah untuk mewawancara beliau berkaitan ‘Geran Penyelidikan FRGS-RACER: Pembangunan Model Latihan Bagi Institusi Dakwah Di Sabah’.

Selaku sebuah badan dakwah utama negara, UMS amat berminat mendapatkan maklumat berkaitan gerak kerja dakwah yang dilakukan oleh YADIM.

Antara yang hadir dalam sesi tersebut ialah Prof Madya Dr Mohd Sohaimi Esa dan Dr Abang Mohd Razif Abang Mui, keduanya pensyarah dari Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa UMS.

Selain Ustaz Nasrudin, YADIM diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya,Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah Kanan Sektor Penyelidikan, Penerbitan dan Antarabangsa, Dr. Masitah Esa  serta Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan,  Zalilah Bahari.

Ketika pertemuan, Ustaz Nasrudin memberi beberapa cadangan serta berkongsi perancangan YADIM sebagai organisasi dakwah untuk dijalankan dalam kajian tersebut.

YADIM turut merakamkan penghargaan kepada pihak UMS dan panel penyelidik yang menjalankan kajian Pembangunan Model Latihan Bagi Institusi Dakwah kerana ia turut memberi manfaat kepada gerak kerja badan ini khususnya di Sabah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *