Home » Citra Yadim » Ziarah Kasih YADIM Perkeso Sabah di Kampung Bambangan

Ziarah Kasih YADIM Perkeso Sabah di Kampung Bambangan

MEMBAKUT – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah dengan kerjasama  Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pada 22 Julai telah mengadakan program Ziarah Kasih di Kampung Bambangan di sini.

Pengarah PERKESO Sabah,  Dr Md Ali Hindia telah menyampaikan taklimat mengenai kepentingan PERKESO memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan ketika menjalankan tanggungjawab mereka di tempat kerja.

Turut diadakan ialah penyampaian sumbangan oleh YADIM dan PERKESO kepada 45 keluarga di sini yang terjejas dengan penularan Covid-19, selain ziarah terhadap beberapa keluarga asnaf dan Orang Kelainan Upaya di sini.

Program ini dirasmikan oleh wakil pejabat Daerah Membakut, Abd Rahim Said.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *