Home » Citra Yadim » Kunjungan Datuk Seri Ustaz Ahmad Awang ke YADIM

Kunjungan Datuk Seri Ustaz Ahmad Awang ke YADIM

YADIM pada 10 Mei berbesar hati menerima kunjungan tokoh ilmu dan agamawan negara, Datuk Seri Ustaz Ahmad Awang.

Berkongsikan pengalamannya, beliau menyentuh mengenai penubuhan awal YADIM serta cabaran dunia dakwah masa kini yang perlu dihadapi badan ini.

Kunjungan beliau disambut oleh Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus dan Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin.

Dalam kunjungan ini, Datuk Hasanuddin berkata pihaknya sentiasa mengalu alukan sebarang nasihat daripada tokoh seperti Datuk Seri Ustaz Ahmad dan memaklumkan sudah merancang untuk mengadakan lagi perbincangan untuk program program melestari gerakan dakwah.

Hadir sama dalam kunjungan ini ialah Naib Presiden II Rabitah Antarabangsa Alumni Al Azhar, Haji Salehhuddin Yaacob.

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *