Home » Citra Yadim » Kunjungan Hormat dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara YADIM dan IAIN Batu Sangkar Sumatera Barat

Kunjungan Hormat dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara YADIM dan IAIN Batu Sangkar Sumatera Barat

PUTRAJAYA – Selepas Dewan Dakwah Islamiah Indonesia dan Kementerian Agama Kabupaten Pelalawan Riau, YADIM meneruskan inisiatif kerjasama dengan pihak Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Batu Sangkar Sumatera Barat, Indonesia pada 23 Februari.

Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Azhar Yahya mewakili Yang Dipertua YADIM berkata, beliau berharap kerjasama  ini bukan saja mengeratkan silaturrahim, malah jalinan gerak kerja dakwah terutama di bidang penyelidikan dan pendidikan khususnya.

YBhg. Dr. Marjoni Imamora, Rektor IAIN Batu Sangkar pula dalam ucapannya berharap Memorandum Persefahaman ini dapat memperluaskan lagi bidang penyelidikan bagi kedua-dua negara seterusnya dapat menyebarluaskan program yang dianjurkan antara YADIM dan IAIN Batu Sangkar.

“Memorandum ini adalah bertujuan untuk memperbanyak interaksi berkenaan penyelidikan akademik, bengkel perkembangan dakwah dalam masyarakat, simposium wawasan keislaman antara dua negara, menguatkan wehdatul fikr, melahirkan daei dalam kalangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah, dan kunjungan secara fizikal suatu masa nanti bagi melaksanakan program antara kedua buah negara secara lebih sistematik, “ ujarnya.

Turut sama dalam kunjung hormat secara maya ini ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Prof Datuk Dr Zulkifli Mohd Yusoff, Pengarah Kanan di Pejabat Yang Dipertua YADIM, Dr Masitah Esa serta wakil wakil Majlis Amal Islami Malaysia.

Selain penyelidikan, turut dibincangkan ialah pertukaran kakitangan dan penyelidik antara kedua  organisasi, seminar dan simposium antarabangsa, pertukaran pelajar latihan industry.

IAIN Batu Sangkar turut menjemput perwakilan YADIM berkunjung secara fizikal ke Batu Sangkar apabila pandemic Covid-19 berakhir.

 

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *