Home » Citra Yadim » Kunjungan hormat ke Pejabat Agama Islam Daerah Raub

Kunjungan hormat ke Pejabat Agama Islam Daerah Raub

RAUB – YADIM Negeri Pahang mengadakan kunjung hormat bertemu Al-Fadhil Tuan Qadhi Daerah Raub, Ustaz Haji Mohd Zainudin Zakaria di Pejabat Agama Islam Daerah.

Pertemuan mesra yang dihadiri Pengarah YADIM, Pahang Ustaz Mohamad Hazmi Dibok bersama anggota Pasukan Sukarelawan YADIM Raub Ustaz Mohd Shahrizan Md Esa dan Ustaz Rosaidi Rameli saling bertukar-tukar pandangan dan berkongsi maklumat berkaitan gerakkerja dakwah, kebajikan dan pembangunan insan.

Ustaz Mohamad Hazmi menerangkan secara ringkas berkaitan organisasi, fungsi, sektor-sektor teras dan program YADIM.

Al-Fadhil Tuan Qadhi Daerah Raub amat mengalu-alukan sebarang bentuk program dan bersedia untuk memberikan kerjasama kepada YADIM Pahang. Semoga kerjasama dan hubungan erat yang dibina dapat memberi impak kepada gerakan dakwah di Pahang khususnya di daerah Raub.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *