Home » Citra Yadim » Kunjungan Hormat KEMUDA dan Program IRSYAD 360 di IKBN Jitra

Kunjungan Hormat KEMUDA dan Program IRSYAD 360 di IKBN Jitra

JITRA – Unit Belia, Bahagian Kepimpinan Belia (KEMUDA)
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 25 April telah membuat kunjung hormat ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra.

KEMUDA diwakili oleh Penolong Pengarah di bahagian tersebut, Mohd Idris Mohd Yussoff.

Dalam sesi kunjungan ini,  KEMUDA dan pihak IKBN Jitra berbincang berhubung penubuhan Rakan Belia YADIM (RBY) di institut ini di samping perancangan program-program kerjasama akan datang.

Pada masa yang sama, pihak KEMUDA dan IKBN Jitra telah bekerjasama menjalankan program Ihya’ Ramadhan peringkat IKBN Jitra, bersempena program Ihya Ramadhan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) di seluruh negara.

Program peringkat IKBN Jitra ini telah bermula pada 24 April 2021 hingga 1 Mei 2021. Antara pengisian yang telah disusun ialah sesi Tadabbur al Quran, Ceramah dan Tazkirah Ramadhan.

IKBN Jitra yang diwakili oleh Rauzoh Darus selaku Timbalan Pengarah Pengurusan Dan Hal Ehwal Pelajar menyambut baik cadangan penubuhan RBY di institut ini.

Pihak IKBN Jitra turut berharap kerjasama dengan pihak YADIM akan berterusan pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *