Home » Citra Yadim » IRSYAD 360′- YADIM Peduli Siri 1 untuk pemandu bas Pulau Pinang

IRSYAD 360′- YADIM Peduli Siri 1 untuk pemandu bas Pulau Pinang

BATU KAWAN – Selepas Kedah, Kelantan dan Johor yang mengadakan inisiatif menyantuni pengusaha kenderaan awam, kini giliran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang pula membantu mereka pada 25 April.

Seramai 30 pandu bas menerima sumbangan barangan keperluan harian dalam satu majlis yang diadakan dengan kerjasama Persatuan Pemandu dan Pengusaha Bas di depot Shahana Travel & Tours Sdn Bhd sini.

Sumbangan disampaikan oleh Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Mohd Afifi Ruslan.

Sumbangan ini diberikan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh pemandu dan pengusaha bas yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, pengerusi persatuan berkenaan,  Ahmad Ruslan mengucapkan penghargaan kepada pihak YADIM di atas reaksi pantas menghulurkan sumbangan selepas menerima permohonan daripada pihak persatuan.

Menurutnya, ramai dikalangan pengusaha dan pemandu bas yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan dan mereka terpaksa melakukan kerja sampingan lain bagi menampung keluarga.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *