Home » Citra Yadim » Kunjungan hormat YADIM ke Yang Dipertua Negeri Sabah

Kunjungan hormat YADIM ke Yang Dipertua Negeri Sabah

KOTA KINABALU – Kunjungan hormat ke Yang Dipertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin memulakan siri program sempena lawatan kerja pengurusan tertinggi YADIM ke Sabah bermula 21 Jun.

Berterima kasih dan mengalu alukan keberadaan YADIM di Sabah, Tun Juhar berharap agar lebih banyak program dakwah di lapangan diadakan dan bukan memfokuskan kepada kelas kelas dan acara di dewan semata mata.

Tambahnya lagi, pendakwah di negeri ini juga perlu peka dengan keadaan semasa dan perbezaan situasi dengan tempat lain selain sentiasa meningkatkan ilmu untuk berdakwah.

Mewakili YADIM ke kunjung hormat ini ialah Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Tuan Haji Sainuri Yahmin, Ketua Pegawai Eksekutif, Ustaz Zamri Zainal Abidin, Pengarah YADIM Sabah, Ramlee Daud dan pegawai pegawai badan dakwah ini.

Gembira dengan kedatangan YADIM menemuinya, Tun Juhar juga berkongsi beberapa pengalaman ketika berhidmat dalam kerajaan negeri Sabah sebelum ini.

Turut dimaklumkan kepada beliau dalam kunjung hormat ini ialah gerak kerja dakwah semasa dan akan datang YADIM di negeri ini termasuklah hasrat membina Pusat Komuniti Saudara Kita di Daerah Tuaran.

Pengurusan tertinggi YADIM ketika ini dalam lawatan kerja ke Sabah yang mengandungi beberapa pengisian seperti bertemu pihak berkuasa agama Islam dan rakan rakan badan bukan kerajaan.

 

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *