Home » Citra Yadim » Ketua Menteri sambut baik pembinaan Pusat Komuniti Saudara Kita

Ketua Menteri sambut baik pembinaan Pusat Komuniti Saudara Kita

CADANGAN Pembinaan Pusat Komuniti Saudara Kita milik YADIM di Tuaran disambut baik Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor.

Ujar beliau, sebarang inisiatif pembangunan dan penyebaran dakwah di Sabah sentiasa dialu alukan malah akan dibantu pihaknya.

Cadangan pembinaan tersebut antara yang dimaklumkan kepada Datuk Seri Panglima Haji Hajiji oleh Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus dalam kunjung hormat kepada beliau di Kota Kinabalu pada 21 Jun.

Pusat Komuniti itu menurut Datuk Hasanuddin antaranya akan berfungsi sebagai kelas saudara baharu, pusat aktiviti dakwah dan program program YADIM Sabah.

Katanya lagi, Tuaran dipilih kerana lokasi berkenaan masih belum memiliki sebarang kemudahan seperti itu.

Dalam kunjungan selama lebih sejam itu, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji turut diberi taklimat gerak kerja YADIM di Sabah.

Hadir sama dalam kunjungan ini ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Tuan Haji Sainuri Yahmin, Ketua Pegawai Eksekutif, Ustaz Zamri Zainal Abidin, Pengarah YADIM Sabah, Ramlee Daud dan pegawai pegawai badan dakwah ini.

Program ini ialah sebahagian pengisian lawatan kerja pengurusan YADIM ke Sabah bermula 21 Jun.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *