Home » Citra Yadim » Kunjungan kepada JAKIM usaha mempromosi program ADMY

Kunjungan kepada JAKIM usaha mempromosi program ADMY

MENERUSKAN Usaha mempromosi program Akademi Daie Muda YADIM (ADMY), satu kunjungan kepada Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Hajah Hakimah Mohd Yusoff telah diadakan di pejabatnya pada 12 Oktober.
Perjumpaan tersebut antara lain menyentuh tentang cadangan bekerjasama dengan JAKIM untuk siaran Pentas Akhir ADMY yang dijadual pada November nanti.
Turut dibincangkan ialah peluang kerjasama dalam lain-lain bentuk khususnya berkaitan melaksana gerakan dakwah oleh YADIM dan JAKIM menggunakan media sosial dan penyiaran.
Dalam pertemuan ini, kedua pihak bersetuju untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi ADMY dalam melahirkan pelapis pendakwah di negara ini.
Hadir mewakili Ketua Pegawai Eksekutif YADIM ialah Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Pengkaderan, Kapten (B) Shamsuddin Moner, Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda, Encik Shahrizal Mat, Pengarah Bahagian Media dan Teknologi Dakwah, MdZan Saari, Penolong Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda, Encik Farisul Islam Fakhrul Adabi dan Penolong Bahagian Media dan Teknologi Dakwah, Puan Basheera Mohideen.
Turut serta dalam pertemuan ini ialah Pengarah Bahagian Penyiaran JAKIM, Puan Wan Wizana Hashim.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *