Home » Citra Yadim » Yeki menerima anugerah Tokoh Dai Orang Asli

Yeki menerima anugerah Tokoh Dai Orang Asli

BUKAN Mudah menjadi seorang pendakwah. Lebih sukar lagi jika menjadi pendakwah Orang Asli.
Sentiasa berada di pedalaman, jauh daripada pelbagai kemudahan, selain perlu berulang alik ke kota jika terdapat urusan yang perlu diselesaikan adalah antara cabaran yang perlu ditempuh sebagai seorang pendakwah Orang Asli.
Namun semuanya ditempuh penuh tabah oleh Yeki Agi, 27, salah seorang Daie Orang Asli (DOA) YADIM yang dilantik sejak 1 Oktober 2020.
YADIM melaksanakan kaedah melantik pendakwah daripada kalangan penduduk setempat kerana mereka lebih arif dengan budaya dan cabaran kawasan asal mereka sendiri.
Ditempatkan di Kampung Orang Asli (KOA) RPS Dala, Gerik, Perak, Yeki anak kedua daripada enam beradik yang memeluk Islam sejak 2001 bertanggungjawab mengajar selain terlibat dalam membantu urusan hal ehwal Islam untuk para mualaf dan penduduk kampung tersebut.
Antaranya termasuklah mengadakan kelas Al Quran, Fardhu Ain, menyampaikan sumbangan, menjalankan program pada hari kebesaran Islam seperti puasa, hari raya, Maal Hijrah dan Maulidurrasul bersama penduduk tempatan.
Sebagai DOA YADIM, mereka sentiasa diberikan latihan, kursus pemantapan dan bengkel-bengkel dianjurkan badan dakwah ini serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bagi memastikan kemahiran dan pengetahuan sentiasa ditambah dan dikemaskini.
Hasil usaha gigihnya, Yeki menerima anugerah Tokoh Dai Orang Asli dalam Konvensyen Mualaf Madani Peringkat Kebangsaan 2023 pada 10 Oktober lalu.
YADIM amat berbangga dan mengucapkan tahniah atas pencapaian ini. Semoga terus istiqamah berdakwah bersama para DOA yang lain di seluruh negara.
Kami akan sentiasa bersama melestari gerakan dakwah.

Artikel Berkaitan

Kunjungan hormat PPD Klang kepada YADIM Selangor

YADIM Selangor telah menerima lawatan kunjungan hormat daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang pada 30 Januari. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama

Wacana Integriti YADIM bersama pihak SPRM

KOMITED Untuk telus dalam setiap urusan melestari gerakan dakwahnya, YADIM merangka beberapa program dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pada 30

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *