Home » Citra Yadim » Kunjungan Syeikh Haji Mohd Jamil Sadaqi ke YADIM

Kunjungan Syeikh Haji Mohd Jamil Sadaqi ke YADIM

YADIM Pada 16 Mei sekali lagi menerima kehadiran tokoh ulama terkemuka ke badan dakwah ini apabila dikunjungi oleh Syeikh Haji Mohd Jamil Sadaqi bin Dato’ Mursyid Diraja Al-Marhum Syeikh Tajuddin Al-Jarumi, Mudir Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah, Melele, Kodiang, Kedah.
Disegani ramai atas ilmunya dalam bidang seperti ilmu alat, bahasa Arab, Fiqh, Usul Fiqh, Tauhid dan Tasawuf, kunjungan beliau ke badan dakwah ini disambut oleh Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus sebelum keduanya berbincang tentang peluang peluang kerjasama yang boleh dijalinkan bersama.
Turut disentuh ialah isu isu semasa berkaitan dakwah, dan bagaimana YADIM boleh terlibat untuk kemaslahatan umat.
YADIM mengalu alukan kehadiran tokoh tokoh agama dan ilmuwan ke badan dakwah ini untuk sama sama kita memperkasa inisiatif melestari gerakan dakwah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *