Home » Citra Yadim » Kunjungan UniSHAMS kepada TYDP YADIM

Kunjungan UniSHAMS kepada TYDP YADIM

PUTRAJAYA – Pada 15 September,  Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berbahagia Dato’ Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti telah menerima kunjungan hormat daripada Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS).

Dalam pertemuan selama sejam itu, (UniSHAMS) diwakili oleh Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Dr. Aqli Ahmad.

Kunjungan ini bertujuan untuk membina hubungan kerjasama antara YADIM dan UniSHAMS dalam menganjurkan Persidangan Antarabangsa Dalam Isu-Isu Berkaitan Harta Sepencarian (Secara Dalam Talian).

Persidangan yang djangka bermula dari 16 hingga 18 November ini nanti akan melibatkan 30 pembentang kertas kerja dan 300 orang serta bakal dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Berbahagia Dato’ Dr Fakhrudin berkata pada asasnya YADIM sentiasa berkerjasama dengan semua pihak dan bersedia untuk berbincang dengan lebih lanjut untuk menjadi penganjur bersama dalam persidangan antarabangsa ini.

Satu kerta kerja program telah diberikan kepada YADIM melalui Datuk Fakrudin untuk diteliti dan diperhalusi.

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *