Home » Citra Yadim » Kunjungan Unit Audit dan Kualiti YADIM ke MBSA

Kunjungan Unit Audit dan Kualiti YADIM ke MBSA

SHAH ALAM – Dalam memastikan gerak kerja dakwahnya dilaksanakan dengan sistematik dan professional, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) komited memastikan audit dan kawalan dalamannya sentiasa dilaksanakan sama ada ke atas operasi mahupun pengurusannya.

Justeru, menyedari tanggungjawab besar yang dipikul mereka, Unit Audit dan Kualiti YADIM pada 12 November telah melaksanakan satu lawatan kerja ke Bahagian Audit Dalam, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Lawatan kerja tersebut diketuai oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Kualiti, Ahmad Sayutzi Bashiron.Hadir sama ialah Ketua Unit Audit dan Kualiti, Najwa Najib dan  14 lagi  pegawai YADIM.

Tujuan lawatan ini adalah untuk bertukar pengalaman dan berkongsi pengetahuan berkaitan pengauditan yang dijalankan oleh Bahagian Audit Dalam MBSA.

Ketibaan YADIM disambut oleh Timbalan Setiausaha Sektor Kemajuan Pengurusan dan Perundangan MBSA, Asmah Mohd Zin, Ketua Bahagian Audit Dalam, Radzuan Mezalan, serta pegawai dan kakitangan Bahagian Audit Dalam MBSA.

Selesai tayangan video dan sesi penerangan tentang fungsi serta bidang tugas Bahagian Audit Dalam MBSA, kedua pihak kemudiannya bertukar pandangan dan pengalaman mengenai pelbagai aspek yang menyentuh tentang pengauditan.

Lawatan ini dilihat memberikan manfaat kepada pegawai dan kakitangan YADIM terlibat, selain mempereratkan dan mengukuhkan hubungan rakan strategik YADIM.

Dengan lawatan ini, kakitangan yang terbabit memperoleh sudut pandangan audit dari sebuah pihak berkuasa tempatan, yang sudah tentu berbeza dengan badan dakwah. Meskipun berbeza, ia diyakini dapat diaplikasikan dengan baik di YADIM.

Terdahulu, hasil usaha keras dan teliti dilaksanakan Unit Audit Dalam YADIM, badan dakwah ini berjaya telah menerima pengiktirafan bagi Laporan Penyata Kewangan bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018 tanpa teguran daripada Juruaudit luar, Zurin & Co.

Sebelum itu, YADIM juga telah berjaya mengekalkan persijilan MS ISO 9001:2015 selepas menjalani proses audit dengan AJA EQS Certification (M) Sdn. Bhd (AJA).

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *