Home » Langit Terbuka » Kerajaan akan tampil dengan naratif baharu mengenai Islam

Kerajaan akan tampil dengan naratif baharu mengenai Islam

Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika ditemubual dalam program BBC Hardtalk, - Foto BBC

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf mempertahankan prestasi kerajaan mengenai pelbagai isu berbangkit yang menjadi pertikaian dan memberi kesan kepada Islam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar turut menegaskan akan menghasilkan naratif baharu mengenai Islam supaya tidak mengulangi kesilapan terdahulu.

“Apabila kita ambil alih kuasa, kita tidak mahu jadi kerajaan yang menggunakan agama dan kaum untuk tujuan politik. Sebab itu kami memperjuangkan Islam sebagai agama amat progresif dan peranan yang ia boleh mainkan.

“Kita bawa suatu naratif baharu tentang Islam di Malaysia di bawah kerajaan baru, yang kita kata Islam yang penuh belas kasihan dan berharap akan cetuskan perpaduan nasional,” katanya dalam temu bual di program BBC Hardtalk, malam tadi.

Beliau berkata demikian mengulas pertanyaan pengacara rancangan itu, Zeinab Badawi mengenai tindakan keras pihak berkuasa terhadap pengikut fahaman Syiah di Malaysia, serta kenyataannya yang memuji Dr Zakir Naik.. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *