Home » Penerbitan » PENERANG AKIDAH

PENERANG AKIDAH

Judul: PENERANG AKIDAH
80 SOAL JAWAB TENTANG IMAN DAN MURTAD (Terjemahan)
Edisi: Bahasa Melayu
ISBN: 978-967-5128-06-6
Harga: RM14.90
Penerbit: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

AKIDAH ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah Taala sebagai Rabb dan Ilah, serta beriman dengan nama-nama-Nya dan segala sifat-Nya; beriman adanya malaikat, dengan kitab-kitab-Nya, para nabi dan rasul-Nya, Hari Akhirat; beriman dengan takdir-Nya sama ada yang baik atau buruk; percaya bahawa setiap sesuatu itu datang daripada Allah Taala.
Akidah merupakan perkara utama yang menjadi tembok kukuh untuk mengawal dan menahan setiap orang Islam daripada terpesong dan terpengaruh daripada segala ancaman yang boleh menggugat keimanan.
Ditulis dalam gaya yang ringkas dan mudah difahami, buku ini sesuai untuk bacaan segenap lapisan masyarakat sebagai panduan ke arah lebih memahami persoalan-persoalan berkaitan akidah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *