Home » Citra Yadim » Kursus bersama Global Unity Network latih hadapi cabaran pendakwah di lapangan.

Kursus bersama Global Unity Network latih hadapi cabaran pendakwah di lapangan.

SEMUNGKIS – “Kenapa perlu pilih Islam ? Umatnya miskin, ramai pula yang bergaduh, berperang sesama sendiri”

“Sama saja Islam ni dengan agama lain”

“Islam terlalu banyak yang tak boleh buat, rugi saja”

Anda fikir boleh jawab soalan soalan ini dengan fakta tepat ?

Hujah mantap dan buatkan penyoal terdiam dengan jawapan anda?

Ini yang Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) cuba terapkan pada barisan pendakwah mudanya, khususnya dari kalangan Rakan Siswa YADIM (RSY) dan Daie Muda YADIM (DMY).

Untuk itu, badan dakwah ini bekerjasama dengan Global Unity Network pimpinan pendakwah terkenal negara Bro Shah Kirit mengadakan Kursus Fundamental & Basic of Interfaith selama 3 hari 2 malam di Institut Latihan Dakwah Negara (INDAH) di sini.

Kursus sebanyak enam slot ini berperanan untuk memahami Islam dan membina kesedaran untuk menyampaikan dakwah dan mengetahui teknik menjawab soalan lazim daripada bukan Muslim.

Seramai 53 ahli RSY dan DMY mengikuti kursus ini.

YADIM amat menitikberatkan keupayaan pendakwah mudanya, justeru mereka yang menyertai dilatih dan dikader semaksima mungkin bagi menyemarakkan lagi usaha dakwah di negara ini.

Kursus ini dirasmikan oleh Pengarah Kanan di Pejabat Yang Dipertua YADIM, Ustaz Najhan Shahir Halim.

Hadir sama ialah Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda, Shahrizal Mat dan Pengarah INDAH
Mohd Fitri Aziz  Mohd Yusof.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *