Home » Citra Yadim » YADIM Kedah santuni keluarga India sempena Deepavali

YADIM Kedah santuni keluarga India sempena Deepavali

BANDAR DARULAMAN – Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk semua.

Sambutan perayaan ialah masa untuk menggembirakan semua.

Sempena Deepavali yang akan menjelang tidak lama lagi, YADIM Kedah pada 1 November menyantuni tiga keluarga India yang memerlukan di sini.

Sumbangan berupa makanan asasi dan pelitup muka disampaikan dalam satu majlis santai di  di hadapan kuil Sree Maha Mariammam, di sini.

Turut bersama ialah Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Taman Dato’ Osman Aroff, Kalai Selvan a/l Arumugham, , Naib Pengerusi Inisiatif Bandar Selamat, Hamid Sulaiman dan Setiausaha Majlis Dakwah Negara Kedah, Haji Ahmad Fuad Ashaari.

Lebih banyak komuniti India akan disantuni YADIM Kedah selepas ini.

Program seterusnya akan diadakan di Sungai Petani dan Sintok.

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *