Home » Citra Yadim » Kursus Kepimpinan Dakwah YADIM Kedah
a

Kursus Kepimpinan Dakwah YADIM Kedah

JITRA – Pentadbir sekolah adalah golongan barisan hadapan yang penting untuk melestarikan gerakan dakwah di Sekolah.

Bagi merealisasikan hasrat murni ini, golongan ini perlu mempunyai ilmu, kefahaman dan semangat yang tinggi untuk berdakwah.

YADIM Kedah dengan kerjasama rakan strategik telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Dakwah kepada golongan barisan hadapan ini pada 23 November lalu.

Kursus yang diadakan di Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Utara ini telah melibatkan hampir 60 orang peserta dari 30 buah sekolah rendah dan menengah seluruh Kedah.

Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria telah hadir menyampaikan ucapan dan merasmikan penutup kursus ini. Turut hadir Pengarah IAB Cawangan Utara, Dr Haji Johari Arifin, Timbalan Pengarah merangkap penceramah kursus, Haji Fauzi Saad dan Timbalan Pengerusi Hal Ehwal Sekolah Agama, Ustaz Mohd Ismail Ismail.

Artikel Berkaitan

Kerjasama strategik YADIM – YPM

PERBINCANGAN Bagi menjalin kerjasama antara YADIM dan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) telah diadakan pada 26 Mei 2023 di Menara MARA, Kuala Lumpur.

Kunjung hormat YADIM ke BSN

KUNJUNG HORMAT YADIM ke Bank Simpanan Nasional (BSN) telah diadakan pada 25 Mei 2023 di Wisma BSN, Kuala Lumpur bagi membincangkan kerjasama

Inisiatif dakwah Takwim Hijrah

TIDAK Banyak pihak yang mengkaji tentang kepentingan takwim Islam di negara ini, apatah lagi berdakwah menggunakannya. Itu antara cadangan kerjasama daripada i

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *