Home » Citra Yadim » YADIM, IPG KPM atur program perkasa RSY, golongan muda untuk 2023

YADIM, IPG KPM atur program perkasa RSY, golongan muda untuk 2023

PUTRAJAYA – Pelbagai bentuk kerjasama telah terjalin antara YADIM dan Institut Pendidikan Guru sebelum ini, khususnya yang melibatkan Rakan Siswa YADIM (RSY).

Untuk 2023, beberapa perancangan program yang bakal memberi manfaat untuk golongan belia telah diatur oleh kedua pihak.

Antaranya termasuklah program Training Of Trainer (TOT) melibatkan pimpinan RSY di 27 IPG dan Penasihat (Murabbi) RSY di seluruh IPG, Konvensyen RSY IPG Malaysia serta inisiatif melahirkan bakal guru yang berkualiti dari segi kepimpinan, kerohanian dan kesurelawanan.

Satu lagi bentuk yang sudah pasti tidak dilupakan ialah program mesra bukan Islam yang menggunakan pendekatan kemasyarakatan, komuniti dan dialog bagi mempelbagaikan bidang dakwah RSY.

Rancangan rancangan ini dibincangkan dalam kunjung hormat Timbalan Rektor, Pusat Hal Ehwal Pelajar, IPG, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),Dr. Mohamad Isa Azis, kepada Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh di ibu pejabat badan dakwah itu pada 25 November.

Hadir sama ialah Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Pembangunan Insaniah, Pusat Hal Ehwal Pelajar, IPGM-KPM, Dr. Shamsul Saniron dan  Penolong Pengarahnya, Encik Jamhari Saari.

Turut serta dalam pertemuan ini ialah Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Encik Shahrizal Mat dan para pegawainya.

 

 

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *