Home » Citra Yadim » Kursus Pemahaman Agama-Agama Dunia di ILIM

Kursus Pemahaman Agama-Agama Dunia di ILIM

YADIM telah menghantar lima pegawainya menyertai Kursus Pemahaman Agama-Agama Dunia pada 15 hingga 19 Januari di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi.
Kursus tersebut telah dikendalikan sepenuhnya oleh Prof. Dr. Kamar Oniah Kamaruzaman, mantan pensyarah bidang Perbandingan Agama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang membincangkan berkaitan asas fahaman lima agama besar dunia.
Beliau merupakan tokoh yang terkenal di dalam dan di luar negara berceramah dalam bidang ini.
Kursus yang disertai seramai 40 orang ini juga merupakan kursus lanjutan bagi peserta yang telah mengikuti kursus Dialog Antara Agama yang di adakan pada 23 hingga 25 Oktober lalu anjuran ILIM.
Tajuk Pemahaman Agama-Agama di Malaysia ini merupakan persediaan pengetahuan bagi program dan aktiviti Dialog Antara Agama.
Aktiviti atau program dialog antara agama tidak lengkap tanpa memahami dengan baik intipati-intipati agama-agama selain Islam.
Selain itu peserta pencinta ilmu pasti berminat mengikuti kursus ini kerana berpeluang mendapatkan ilmu daripada pakar yang begitu berpengalaman.
Memetik kata-kata beliau, “Semakin kita tahu agama lain semakin kuat pegangan agama kita”.
Perasmian penutup disempurnakan oleh Pengarah Kanan ILIM, Puan Nor Safina Zainal.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *