Home » Citra Yadim » Kursus Pemantapan Juruaudit Dalaman MS ISO 9001:2015

Kursus Pemantapan Juruaudit Dalaman MS ISO 9001:2015

KURSUS Pemantapan Juruaudit Dalaman MS ISO 9001:2015 Unit Audit dan Kualiti YADIM telah berlangsung pada 4 hingga 6 Ogos di Bilik Latihan YADIM bertujuan menajamkan lagi kefahaman dan penguasaan mereka terhadap proses audit, khususnya untuk badan dakwah ini.
Hasil daripada kursus ini diharap kelak akan memastikan semua proses, prosedur, dan operasi mematuhi undang-undang, piawaian, polisi organisasi, serta garis panduan yang ditetapkan.
Kursus ini dikendalikan oleh Encik Fahmi Ismail dari AJA EQS Certification, merangkumi modul prosedur dan teknik pengauditan berkesan kepada 25 orang peserta.
Majlis penutupan pada 6 Ogos telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin. Pada majlis tersebut, telah disampaikan blazer kepada Ketua Juruaudit, Puan Basheera Haji Mohideen sebagai simbolik komitmen terhadap tanggungjawab audit dalaman.
Kursus seperti ini berlangsung sepanjang masa bagi memastikan kompetensi para pegawai YADIM yang yang secara langsung membantu usaha badan dakwah ini melestari gerakan dakwah.

Artikel Berkaitan

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *