Home » Citra Yadim » Kursus Pemantapan Kerja Berkualiti Pejabat Yang Dipertua YADIM

Kursus Pemantapan Kerja Berkualiti Pejabat Yang Dipertua YADIM

KUANTAN – Pegawai dan kakitangan Pejabat Yang Dipertua YADIM telah menjalani Kursus Pemantapan Kerja Berkualiti si sini pada 15-17 Mac.

Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan kecekapan tugasan dan komunikasi berkesan sebagai satu pasukan.

Peserta telah mendapat panduan dan tunjuk ajar daripada pegawai Intan Kampus Wilayah Timur, Kemaman, Terengganu.

Antara kandungan yang diterapkan bagi nilai-nilai profesionalisme dalam tugasan dalam kursus ini adalah dalam aspek ilmu, berpandangan jauh, inovatif, kreatif,cemerlang dan proaktif. Peserta juga telah mengikuti riadah bermodul bagi menerapkan kerja berpasukan.

Hadir sama dalam kursus ini adalah Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan. Beliau mengharapkan hasil daripada kursus ini dapat diaplikasi dalam melaksanakan tugasan dengan efisyen.

Empat perkara telah disepakati bersama hasil kursus ini bagi menghasilkan resolusi yang menyentuh aspek pengurusan dan pentadbiran, kepimpinan, kebajikan dan khidmat serta peranan pejabat Yang Dipertua agar menjadi peneraju dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada dalaman dan luaran YADIM.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *