Home » Citra Yadim » Kursus pengurusan jenazah di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN)

Kursus pengurusan jenazah di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN)

YADIM Perlis terus menambah rakan strategik dan meluaskan usaha dakwahnya di negeri tersebut menerusi pelbagai pendekatan.
Inisiatif terbaharu YADIM Interaktif oleh YADIM Perlis ialah dengan mengadakan kursus pengurusan jenazah untuk warga Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bukit Chabang baru baru ini.
Program ini merupakan yang pertama kali diadakan diadakan di pusat tersebut, bertujuan memberikan ilmu pengetahuan fardhu kifayah kepada warga pelatihnya.
Penceramah untuk program ini ialah Haji Azmi Mohamad daripada YADIM Kedah dan Perlis, yang memberikan pengisian secara teori dan praktikal.
Pegawai agama PUSPEN Bukit Chabang, Ustaz Khairul Azman Abdullah berharap program ini yang selepas ini diadakan secara berkala bersama YADIM Perlis, akan dapat memberikan faedah kepada kedua pihak.
Turut hadir ke program ini ialah Penolong Pengarah YADIM Perlis dan Kedah, Jstaz Mohamad Afifi Ruslan dan Encik Ajmal Waiz Abdul Razak.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *