Home » Citra Yadim » Sumbangan kepada mangsa kebakaran di Sabah

Sumbangan kepada mangsa kebakaran di Sabah

MUSNAH sama sekali dan tidak dapat diselamatkan. Demikian nasib yang menimpa kediaman sebuah keluarga di Taman Sri Rugading, Tuaran, Sabah pada Ogos lepas akibat kejadian kebakaran.
Sebagai anggota komuniti masyarakat yang prihatin, ahli jawatankuasa Surau Al Ikhwan yang terletak bersebelahan dengan pangsapuri tersebut berusaha mencari sumbangan untuk membantu keluarga mangsa, walaupun mereka bukan Muslim.
YADIM Sabah sebaik mengetahui insiden malang ini, juga bertindak mengatur sumbangan untuk mereka.
Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus yang kini berada di Sabah menghadiri beberapa program di sana telah meluangkan masa untuk menyantuni mangsa kebakaran tersebut pada 3 Oktober.
Bersama Pengerusi Surau Al Ikhwan, Ustaz Sapra Haji Rikun, Datuk Hasanuddin menziarahi kediaman mangsa kejadian, Juanyi Salikup dan Javerinie Baba sebelum menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian untuk mereka.
YADIM Sabah juga menurut beliau selepas ini akan mengadakan susulan untuk meninjau bentuk bantuan yang boleh dihulurkan kepada keluarga Juanyi.
Turut menerima sumbangan ialah empat keluarga miskin di pangsapuri berkenaan.
Semoga sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat menghadirkan senyuman untuk mangsa musibah berkenaan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *