Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Loga Bala Mohan berkata, kos sebanyak RM6 juta dibelanjakan bagi pembinaan laluan pejalan kaki dan naik taraf terowong tersebut oleh KLCC (Holdings) Sdn. Bhd.

Menurutnya, projek itu direalisasikan sebagai salah tanggungjawab sosial korporat syarikat itu dalam mempertingkat laluan pejalan kaki antara bangunan ke bangunan dan dihubungkan kepada kemudahan pengangkutan awam utama yang merupakan pilihan warga kota.-UTUSAN ONLINE