Lantikan baharu Ikon YADIM untuk terus usaha melestari gerakan dakwah

0
305

PUTRAJAYA –  Ikon Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang dilantik bagi menghasilkan impak tinggi program badan dakwah ini ternyata memberi kesan positif dalam sebarang aktviti yang disertai.

Baik dalam medium maya atau secara fizikal di lapangan, kehadiran meraka menarik perhatian ramai dalam usaha melestari gerakan dakwah.

Justeru bagi meneruskan inisiatif berkenaan, seramai sembilan ikon YADIM bagi sesi 2021 – 2022 dilantik dalam satu majlis di sini pada 8 Disember.

- advertisement -

Ikon ikon ini akan berperanan sebagai duta YADIM dalam program pembangunan dakwah, membantu mengimarahkan lagi aktiviti-aktiviti badan dakwah ini kepada masyarakat dan membantu dalam pembangunan dakwah melalui platform media sosial, penulisan dan pelbagai lagi penulisan.

Bagi sesi yang terbaharu ini, lima ikon yang baharu dilantik ialah Pengerusi Yayasan Pondok Sungai Durian dan ilmuan terkemuka, Dato’ Dr Abdul Basit Haji Abdul Rahman, Pemangku Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor,  Profesor Madya Dr Haji Mohd Farid Ravi Abdullah dan penceramah bebas terkemuka Maulana Cik Wan Hilmy Wan Mohamed.

Turut dilantik ialah Pengerusi badan bukan kerajaan Ikatan Ilmuwan Islam Kedah dan penceramah terkenal, Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub dan Johan Qariah Tilawah Al Quran Antarabangsa 2019, Nor Farhatul Fairuzah Panut.

Empat lagi ikon yang sedia ada ialah Dato Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki dan Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.

Ikon Dakwah merupakan satu lagi usaha YADIM melestari gerakan dakwah menerusi ikon lantikan yang dikenalpasti sebagai figura berimej positif kepada masyarakat.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here