Home » Citra Yadim » Program Kefahaman Islam Saudara Kita Bahagian Kuching

Program Kefahaman Islam Saudara Kita Bahagian Kuching

KUCHING – Telah berlangsung Program Kefahaman Islam Saudara Kita Bahagian Kuching di sini pada 5 Disember anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak.

Perasmian program telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad Marzuk Bin Shaary.

Ia bersempena lawatan kerja beliau ke negeri ini.

Dalam ucapannya, Datuk Ahmad Marzuk berkata, Islam itu suatu agama yang penuh dengan hikmah dan keindahan. Atas asbab itu, ramai yang tertarik dengan Islam, menjadi saudara baru yang bersama mengimani Allah sebagai Tuhan yang satu.

Justeru ujar beliau, dalam menyampaikan dakwah, amat penting kefahaman Islam yang sebenar dijelaskan supaya ia menjadi panduan buat mereka dalam memahami Islam.

Program ini disertai seramai 40 orang terdiri daripada Saudara Kita bahagian Kuching.

Antara pengisian program termasuklah kursus kesempurnaan solat.

Hadir sama ke program ini ialah Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Azhar Yahya, Pengarah Jakim Cawangan Sarawak, Ustaz Hamdan Jaree dan Pengarah YADIM Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *