Home » Citra Yadim » Lantikan Pimpinan Baharu RSY Politeknik Muadzam Shah

Lantikan Pimpinan Baharu RSY Politeknik Muadzam Shah

MUADZAM SHAH – Seramai 30 orang pelajar Politeknik Muadzam Shah (PMS) telah dilantik sebagai pimpinan Rakan Siswa YADIM (RSY) bagi sesi 2026/2027 di institusi berkenaan dalam satu majlis pelantikan yang berlangsung di pada 18 September.

Pelantikan ini merupakan salah satu usaha memperkasa peranan mahasiswa dalam melaksanakan aktiviti kepimpinan, kesukarelawanan, pembangunan sahsiah serta penghayatan nilai-nilai murni dalam kalangan warga institusi pengajian tinggi.

RSY berperanan sebagai penggerak dalam menjayakan pelbagai program yang dapat memberi manfaat kepada komuniti mahasiswa, selain menjadi platform untuk membentuk barisan mahasiswa yang berkemahiran, berintegriti dan mempunyai semangat kepimpinan.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Muadzam Shah, Encik Shahrul Nizam Mohamed, Penolong Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Cik Anis Razani, serta Penolong Pengarah YADIM Negeri Pahang, Encik Badrul Faiz Zulkifli.

Pelantikan ini diharap dapat melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah aktif menyumbang kepada pembangunan sahsiah, masyarakat dan negara.

YADIM terus komited memperkasa generasi muda melalui pendekatan kepimpinan, kesukarelawanan dan pembangunan insan yang berterusan.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *