Home » Langit Terbuka » Penangguhan Umrah: Bayaran Pampasan Selesai Mac Lepas – Ahmad Marzuk

Penangguhan Umrah: Bayaran Pampasan Selesai Mac Lepas – Ahmad Marzuk

Penerimaan pampasan telah memenuhi syarat ditetapkan sebelum ini termasuk dokumentasi berkaitan yang lengkap dengan perbelanjaan bagi pelaksanaan umrah - Foto Arkib

Kota Bharu – Pembayaran pampasan kepada lebih 1,000 jemaah umrah ekoran penangguhan sementara ibadah itu kerana kebimbangan terhadap varian Omicron COVID-19 bermula 8 Jan lepas, telah selesai diberikan pada Mac lepas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata proses pembayaran diuruskan oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Beliau berkata mereka yang menerima pampasan telah memenuhi syarat ditetapkan sebelum ini termasuk dokumentasi berkaitan yang lengkap dengan perbelanjaan bagi pelaksanaan umrah.

“Antara syarat yang dikenakan adalah mereka perlu mengemukakan resit yang mereka telah bayar termasuk segala perbelanjaan yang berbukti namun telah hangus disebabkan penangguhan umrah.

“Kita berharap ia (bayaran pampasan) sekali gus meringankan beban mereka yang terpaksa menanggung kerugian akibat penangguhan pelaksanaan umrah,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kelantan di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

Media sebelum ini melaporkan jemaah umrah akan menerima bayaran sagu hati RM1,671 seorang daripada kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad dilaporkan berkata bayaran akan dikreditkan menggunakan akaun simpanan TH jemaah umrah bermula pada 18 Feb lepas. – AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *