Home » Citra Yadim » YADIM Terengganu menziarahi Muhammad Hafizuddin

YADIM Terengganu menziarahi Muhammad Hafizuddin

PERTAMA Kali memandangnya pasti akan menyangka insan yang terbaring ini ialah seorang kanak kanak. Namun hakikatnya, dia sebenarnya seorang pemuda berusia 21 tahun yang menderita penyakit saraf sejak lima tahun lalu.
Sukar untuk membayangkan penderitaan Muhammad Hafizuddin Ismail dari Kampung Lorong Haji Da, Batu Buruk. Dia menghabiskan kebanyakan masanya dengan hanya berbaring dan memerlukan bantuan untuk menguruskan dirinya.
Kesihatannya mula merosot sejak terjatuh tangga di sekolahnya ketika berusia 12 tahun, dan tumbesarannya terbantut sejak itu.
Prihatin dengan keadaan yang menimpa pemuda ini, YADIM Terengganu menerusi program YADIM Peduli: Sentuhan Kasih Rahmah menziarahi pemuda ini bagi menyantuninya pada 30 Julai.
Hajat pemuda ini yang ingin menjamah ayam KFC juga ditunaikan. Sukarelawan YADIM yang hadir juga membantu membersihkan kawasan persekitaran pemuda ini bersama rakan rakan badan bukan kerajaan (NGO).
Rakan NGO juga akan berbincang selepas ini mengenai bentuk bantuan yang boleh disampaikan kepada Muhammad Hafizuddin dan keluarganya.
Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus yang hadir sempat memberikan kata kata semangat kepada Muhammad Hafizuddin agar terus tabah dengan ujian ini.
Beliau juga berpesan kepada Muhammad Hafizuddin agar sentiasa berzikir mengingati Allah.
Hadir sama dalam ziarah kasih ini ialah Pengarah YADIM Terengganu, Nasrul Hadi Saiadin dan Timbalan Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia Terengganu, Prof. Ahmad Jusoh.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *