Home » Langit Terbuka » ‘Lautan putih’ banjiri Axiata Arena tanda solidariti bersama Palestin

‘Lautan putih’ banjiri Axiata Arena tanda solidariti bersama Palestin

Sebahagian daripada orang ramai yang hadir pada `Perhimpunan Malaysia Bersama Rakyat Palestin’ menunaikan solat magrib di Axiata Arena, Bukit Jalil. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin

KUALA LUMPUR : ‘Lautan putih’ mula memenuhi ruang Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, malam ini sebagai tanda solidariti negara bersama rakyat Palestin.

Kelihatan, orang ramai hadir di lokasi seawal jam 6 petang lagi meskipun hujan di sekitar ibu kota, sekali gus tidak memadam semangat mereka untuk bersama-sama memberikan sokongan terhadap Palestin.

Kemuncak himpunan pada malam ini dijangka bermula jam 9.40 malam, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan pidato.

Sebelum himpunan melabuhkan tirai, seluruh hadirin akan membacakan doa qunut nazilah bersama-sama.

Himpunan dijangka berakhir kira-kira jam 11 malam.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *