Home » Langit Terbuka » Tiada isu laungan Allahuakbar di Malaysia – Mohd. Na’im

Tiada isu laungan Allahuakbar di Malaysia – Mohd. Na’im

Mohd. Na'im (dalam kotak).

KUALA LUMPUR – Tidak ada isu berkaitan laungan takbir ‘Allahuakbar’ di negara ini seperti yang dibangkitkan segelintir pihak susulan penganjuran perhimpunan ‘Freedom for Palestine’ di Dataran Merdeka, semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, dalam masa sama beliau dimaklumkan bahawa pihak penganjur perhimpunan tersebut turut menafikan dakwaan mereka menghalang peserta melaungkan Allahuakbar.

“Saya dimaklumkan macam Izzah (Nurul Izzah Anwar) semalam, nampak ada sebut ‘takbir’. Saya tak pasti, saya tak nampak tentang orang bukan Islam bimbang sebut ‘takbir’ itu.

“Takbir ini tiap-tiap hari disebut Allahuakbar (sama ada) di corong masjid, radio dan televisyen. Jadi tak ada isu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran dan Penyerahan Mobilepreneur MAIWP kepada 10 usahawan asnaf ‘food truck’ di Menara MAIWP, Chow Kit di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, paling penting adalah objektif penganjuran perhimpunan tersebut berjaya iaitu bersolidariti bersama rakyat Palestin yang ketika ini diserang tentera Zionis Israel.

“Setakat ini maklumat diterima daripada penganjur, mereka menafikan kedua-dua dakwaan (larangan Allahuakbar dan menyebut Zionis kepada peserta). Saya rasa yang penting matlamat dan objektif penganjuran telah berjaya.

“Kita nak tekankan solidariti, berkumpul dan perhimpunan ini bukan hanya semalam dan sebelum ini dah ada. Yang penting ialah berdiri bersama rakyat Palestin di Gaza dengan apa cara sekalipun,” katanya.

Semalam, Kosmo! melaporkan seorang wanita kecewa apabila penganjur perhimpunan ‘Freedom For Palestine’ didakwa melarang pesertanya daripada melaungkan Allahuakbar.

Malah, perhimpunan anjuran Viva Palestina Malaysia (VPM) dan MyCARE itu turut menjadi perbualan orang ramai selain tular video di media sosial berhubung dakwaan tersebut.

Berikutan itu, Pengerusi VPM, Datuk Dr. Musa Mohd. Nordin dilaporkan tampil membuat permohonan maaf atas beberapa insiden yang berlaku sepanjang penganjuran perhimpunan itu. – KOSMO! ONLINE

 

Artikel Berkaitan

Tingkat kualiti pendakwaan syarie

SHAH ALAM – Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syarie Malaysia (JPSM) berupaya meningkatkan kualiti pendakwaan dan menyeragamkan proses penggubalan undang-undang syariah di negara ini.

Kunjungan hormat PPD Klang kepada YADIM Selangor

YADIM Selangor telah menerima lawatan kunjungan hormat daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang pada 30 Januari. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *